Ada 3 jenis kasih, iaitu :
1. Kasih Agape
Ini adalah kasih Allah iaitu kasih yang tidak bersyarat, mengasihi dalam segala keadaan tanpa memperdulikan balasan. Kasih agape adalah kasih yang memberi dan rela berkorban bagi orang lain.
2. Kasih Fileo
Suatu jenis kasih manusiawi dan bersahabat. Seseorang akan rela berkorban dan memberikan segala yang dipunyainya demi seseorang yang mereka kasihi. Namun kasih ini lambat laun akan menjadi dingin bila orang yang dikasihinya itu mengecewakan atau mengkhianatinya. Rasa kasih ini akan hilang dan sangat mudah berubah menjadi kebencian. Kasih macam ini juga disebut dengan kasih yang bersyarat.
3. Kasih Eros
Iaitu kasih yang berdasarkan kelima indera jasmani kita, kasih kerana nafsu belaka. Jika seseorang membuat kita nyaman oleh karena dia tampan atau cantik, maka ada kasih bagi mereka. Kasih ini berpusat pada diri sendiri dan berusaha untuk memuaskan diri sendiri pula. Ketika kasih tidak lagi memberi kepuasaan, maka kasih jenis ini akan segera pudar. Kasih semacam ini didasarkan pada hal-hal yang menguntungkan. Kasih ini timbul kerana adanya ketertarikan secara fisik.
Mana kasih yang hendak kau pilih?
No comments:
Post a Comment